SBR Image

SBR Image

Thursday, January 24, 2013

Legasi Baginda Rasulullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam


Assalamu'alaikum,

Selamat menyambut MaulidurRasul s.a.w. 12 Rabiul Awal 1434H. Sempena maulidurRasul kali ini dikonsikan untuk semua pembacan satu artikal bertajuk "Legasi Baginda Rasullullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam", hasil tuliasan dari salikin@gmail.com.

Legasi Baginda Rasullullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam

§    Dalam jangkamasa 10 tahun, Baginda Rasulullah s.a.w. telah berjuang dalam 8 peperangan utama, mengetuai 18 serbuan, dan merancang lebih 38 operasi ketenteraan lain. Baginda juga telah berjaya memperkenalkan 8 transformasi dalam tatacara ketenteraan
§    Baginda Rasulullah tidak pernah menerima latihan ketenteraan secara rasmi sepanjang umur Baginda
§    Sebagai panglima perang, Baginda tidak pernah sekalipun menukar pelan misi, dek kerana isu lojistik. Ini kerana Baginda sendiri berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam geografi tanah Arab. Baginda tahu jarak dan bentuk muka bumi, kadar perjalanan, lokasi sumber air, cuaca, tempat yang sesuai untuk melakukan serang hendap, dan sebagainya
§    Menurut Richard A. Gabriel, penulis buku “Muhammad: Islam’s first great general”:
...”But Muhammad was more than a great field general and tactician. He was a military theorist, organizational reformer, strategic thinker, operational level combat commander, political and military leader, heroic soldier, revolutionary, and inventor of the theory of insurgency and history’s first successful practitioner”...
§    Penaklukan negara-negara Arab adalah semata-semata atas usaha dakwah mentauhidkan Allah s.w.t.,  dilakukan menerusi arahan berpusat dari Madinah – centralised coordination and leadership – jauh berbeza sekali dengan budaya tribal Arab pada masa itu yang berpaksikan kepada kepimpinan beberapa puak / qabilah tertentu
§    Penakluk Islam kemudiannya tidak berminat untuk memerintah negara yang ditakluk. Mereka hanya membiarkan pemerintah terdahulu, yang kini telah memeluk Islam, mentadbir wilayah masing-masing. Ini sangat berbeza sekali dengan penakluk-penakluk barat
§    Tatkala kuda sudah mula senang didapati, tentera Islam telah berjaya menghasilkan kuda perang kacukan Arab-Syria yang terbaik pada masa itu    
§    Konsep islam sebagai agama, ummah dan pada masa yang sama, tentera telah berjaya merevolusikan ketenteraan Islam
§    Nabi Muhammad s.a.w. membentuk tentera infantrinya berbeza dengan tradisi Arab, iaitu dengan disiplin yang tinggi dan meletakkan anggota tenteranya di dalam lingkungan puak dan anggota keluarga mereka sendiri. Ini membuatkan ketumbukan ini besar – menyulitkan musuh untuk menembusi. Moral dan semangat kekitaan juga tinggi.
§    Baginda Rasulullah juga mula-mula memperkenalkan jawatan ketua komander bagi angkatan tentera Islam, bagi menjamin disiplin, penyatuan dan akauntabiliti
§    Baginda juga telah memperkenalkan kaedah perang psikoloji dan juga strateji keraguan, seperti yang digunakannya dalam perang Uhud
§    Tentera berkuda Islam dilatih untuk bertempur dalam dua keadaan – atas kuda dan atas tanah; manakala tentera Bizantium hanya dilatih untuk bertempur diatas kuda

..

Sila klik di sini untuk download artikal penuh "Legasi Baginda Rasululla s.a.w. dalam Ketenteraan Islam".

Semoga kita boleh mendapat manfaat daripadanya, meningkatkan amalan ibadah yang ikhlas kepada Allah s.w.t. dengan mengikut cara dan sunnah Nabi s.a.w.


Wassalam.

::ahmadzuhairi
12 RabiulAwal 1434H (Khamis)

Thursday, January 3, 2013

Jadual Pengajian Surau BaiturRahman, Januari 2013


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan Januari tahun Masihi 2013 bersamaan dengan Safar/RabiulAwal 1434H  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
20 Safar 1434H (Khamis)

Sunday, December 2, 2012

Jadual Pengajian Surau BaiturRahman, Disember 2012 



Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan Disember tahun Masihi 2012 bersamaan dengan Muharram/Safar 1434H  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.




Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
17 Muharram 1434H (Ahad)

Friday, November 2, 2012

Jadual Pengajian Surau BaiturRahman, November 2012 


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan November tahun Masihi 2012  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.




Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
17 Zulhijjah 1433H (Jumaat)

Tuesday, October 23, 2012

Kuliah Khas Ustaz Ismail Kamus - Mana Milik Kita? (Dengan Audio)

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada hari Sabtu lalu (20-Oktober-2012) kami di SBR telah mengadakan Kuliah Khas bertajuk "Bicara Barakah - Mana Milik Kita" anjuran bersama dengan Pusat Zakat Selangor.

Untuk pembaca yang mahu mendengar rakaman audio dari sessi ini, mp3 boleh di download dari sini (24.2MB). InsyaAllah, rakaman video juga akan dikongsikan di facebook surau sedikit masa lagi.

Jamuan makan dan sedikit jualan juga diadakan dan pihak Pusat Zakat mengadakan kaunter bergerak di perkarangan Surau BaiturRahman.

Berikut sedikit gambar daripada majlis tersebut.

From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita

From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita

From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita

Terima kasih kepada semua yang hadir dan semua yang menyumbang dalam menjayakan majlis ini.

Semoga semua ini bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dan keluarga kita kepada Allah dalam menuju ke rumah kekal kita di akhirat.

Sekian, wassalam.

- Truemax
7 Zulhijjah 1433H (Selasa)

Saturday, October 13, 2012

Ceramah Palestine dari MAPIM - Dengan Audio MP3

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah pada 7-Oktober-2012 (22 Zulkaedah 1433H) baru-baru ini satu ceramah tentang negara saudara kita yang sudah lama teraninyaya, Palestine, telah diadakan di Surau BaiturRahman dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), oleh Penyelaras MAPIM Selangor, Abdul Aziz Abu Bakar.

Beliau juga adalah Ketua Penyelaras Projek Pembinaan Masjid di Gaza, Palastine dan telah berkongsi maklumat-maklumat terkini and pengalaman sendiri bersama dengan masyarakat di sana.

Berikut adalah gambar-gambar dari majlis penerangan tersebut. Manakala audio MP3 boleh di muat-turun di sini. (Size 76.3MB, 1 Jam 21 Minit). Harap maaf kerana bahagian awal audio tidak dapat dirakam.

Maklumat lanjut dan gambar-gambar di Palastine boleh didapati dari Laman Web MAPIM iaitu http://www.mapim.org/koleksi-gambar/

From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


Semoga kita terus dapat membantu saudara-saudara kita di Palestine, dengan penuh ikhlas dan rendah diri.
Sekian, wassalam.

Truemagix
28 Zulkaedah 1433H (Ahad)

Friday, October 5, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan Oktober 2012


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan Oktober tahun Masihi 2012  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.




Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
19 Zulkaedah 1433H (Jumaat)

Sunday, September 9, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan September 2012


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual bagi bulan September tahun Masihi 2012  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.




Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Marilah kita teruskan ibadah yang ikhlas dan istiqamah sebagaimana di bulan Ramadhan yang lepas.

Sekian, wassalam.

Truemax
23 Syawal 1433H (Isnin)

Friday, August 17, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan Ogos 2012


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual bagi bulan Ogos tahun masihi 2012  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.



Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Semoga amalan kita diterima Allah, juga terus mendapat keampunan dan keredhaan dari-Nya. Semoga Allah permudahkan kita dunia dan akhirat, berikan kita rezeki dan kesihatan untuk terus beribadah kepada Nya.

Sekian, wassalam.

Truemax
29 Ramadhan 1433H (Jumaat)

Friday, July 27, 2012

Jadual Tazkirah Ramadhan 1433 (Kemaskini)


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Tazkirah Ramadhan 1433H  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.




Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Marilah kita tingkatkan ibadah sedaya mungkin dalam Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga kita semua diberi rahmat oleh Allah, dan diampuniNya.

Sekian, wassalam.

Truemax
7 Ramadhan 1433H (Jumaat)