SBR Image

SBR Image

Saturday, February 20, 2010

Program MaulidurRasul 1431H

Assalamu'alaikum,

Rabiul Awal sudah tiba..




Sila klik imej dibawah untuk besarkan agenda terperinci bagi program sempena Maulidur Rasul di Surau BaiturRahman pada 26 Feb 2010 (Jumaat).



Wassalam.

::truemax bagi pihak moderator
6 Rabiul Awal 1431H

Friday, February 12, 2010

Berita Khairat 2 @ 1.2.2010

Assalamu'alaikum,

Setelah hampir 2 bulan majlis pelancaran khairat kematian dilangsungkan, setakat ini hampir seratus (100) keluarga telah berdaftar. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberi kerjasama dalam hal ini. Diharapkan menjelang akhir Mac nanti, sasaran kita, iaitu sebanyak 200 keluarga dapat berdaftar. Berikut adalah perkembangan terkini:

Kerjasama Strategik

Seperti yang telah dinyatakan pada malam pelancaran tempoh hari, badan khairat ini buat masa sekarang akan memberi fokus hanya terhadap hal-hal kematian yang melibatkan pendaftar dan ahli keluarganya. Kerjasama dengan surau / masjid yang berdekatan, yang telah lama mempraktikkan khairat kematiannya sendiri akan dijalin bagi memujudkan kolobrasi stratejik, disamping sebagai batu loncatan kepada AJK Khairat sementara ini meraih pengalaman dan kemahiran tertentu dalam menguruskan sesuatu hal kematian. Masjid-masjid yang telah dikenalpasti adalah Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam dan Masjid Al-Falakh, USJ.

Manfaat Ahli

Bagi para jemaah yang telah berdaftar, berikut merupakan faedah-faedah keahlian:

Khidmat pengurusan jenazah yang lengkap dari awal ke akhir akan diuruskan oleh badan ini.

Secara lazimnya, urusan2 yang terlibat adalah seperti pengangkutan, pemandian jenazah, pengkafanan, solat jenazah dan pengkebumian, beserta dengan peralatan dan ‘consumables’ yang bersangkutan. Termasuk juga bacaan tahlil 1-malam di SBR. Walaubagaimanapun, urusan standard ini hanya terhad kepada tempat pengkebumian sekitar Putra Heights sahaja: USJ 22 dan Shah Alam Seksyen 21. Bagi kes di luar kawasan, hanya kos yang setara dengan kos standard akan ditampung.

Urusan pemandian dan pengkafanan jenazah dirancang untuk dibuat di Surau Baiturrahman (SBR) dengan kerjasama kakitangan2 Masjid Al-Munawwarah atau Masjid Al-Falakh. Jika ada permintaan untuk menguruskannya di tempat lain daripada waris, sila berhubung dengan AJK.

Liputan (coverage) kepada pendaftar dan ahli keluarganya yang tinggal bersama (bermastautin sebumbung) yang berdaftar. Juga termasuk kes kematian berganda pada ahli2 yang berdaftar;

Mereka yang Telah Mendaftar pada 2007

Pihak AJK badan ini juga telah berusaha mendapatkan dan menyediakan data mengenai dakwaan sebahagian para jemaah SBR yang dikatakan telah membayar / dikecualikan yuran pendaftaran sebanyak RM 10 setelah mereka menyumbang meja makan, semasa satu ceramah perdana dalam kempen kutipan tabung pembinaan surau sekitar 2007. Memandangkan ianya telah lama berlangsung, dan bukan atas pengetahuan AJK sementara ini, sedikit masa telah diambil bagi tujuan ini dan akhirnya alhamdulillah, kami telah berjaya mendapatkan senarai nama tersebut, dan keputusan telah dibuat jika nama-namanya bertembung dengan senarai pendaftaran baru ini, ianya akan dijadikannya sebagai sebahagian daripada yuran tahun hadapan, yang telah dibayar. Sudah tentu, jika ada dari kalangan tuan/puan yang ingin dikembalikan wang ini, sila hubungi mana-mana AJK Badan Khairat Kematian.

Bilik Jenazah

Alhamdulillah juga berkat kerjasama para jemaah dan qariah, kita telah sama-sama berganding bahu bergotong-royong membersihkan surau pada pagi 31 Januari 2010. Termasuk dalam agenda gotong-royong adalah pembersihan bilik mandi jenazah. Sila rujuk gambar-gambar dibawah:



Katil boleh-laras (atas ihsan hamba Allah) sudah tersedia



Tempat mandian jenazah siap dibersihkan



Peralatan / keperluan asas dalam cabinet



Pandangan terbaru bilik jenazah SBR, 31.1.10

Sekian dulu perkembangan buat masa ini.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, February 6, 2010

Buletin Surau BaiturRahman Feb-2010

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Feb-2010. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:


.. atau muat turun dalam format pdf dari sini.

Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
17 Safar 1431H

Jadual Pengajian bagi bulan Febuari 2010

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Febuari 2010 di Surau BaiturRahman Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator
17 Safar 1431H

Buletin Surau BaiturRahman Januari 2010

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Januari 2010. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:



Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
22 Muharram 1431H

Pelancaran Khairat Kematian

Salam Awal Muharam untuk semua pembaca.

Pada malam 1 Muharram 1431H tempoh hari, Surau BaiturRahman telah melancarkan tabung khairat kematian bagi qariah di Seksyen 7, 9 & 10 Putra Heights. Majlis dilancarkan dengan pengenalan kepada AJK Penaja Khairat Kematian, dengan diikuti dengan penerangan ringkas mengenai cadangan tabung ini oleh Pengerusi Penaja, Dr. Shahidan Md. Noor.





Diantara intisari taklimat beliau adalah seperti berikut:

•Bayaran : RM 10 pendaftaran (sekali shj) + RM 50 (setahun utk tanggungan
seisi rumah)
• Tempoh pendaftaran: sekarang hingga 31 Mac 2010
Borang boleh didapati di sini, atau click gambar borang untuk download.

• Borang yang telah lengkap diisi (beserta dengan wang) boleh diserahkan
kepada AJK Penaja:

1. Dr. Shahidan Md. Noor
012.3570199 / shah.mdnoor@gmail.com / 16, 10/1Q

2. En. Muhammad Nazry Chik
019.2839045 / nazry@mcoba.org / 20, 10/1L

3. Hj. Ismail Hj. Hashim
019.2696350 / ismailh@smecorp.gov.my / 16, 9/21

4. Hj. Jaafar Atan
019.2601105 / jaamizah@yahoo.com / 59, 9/9

5. Hj. Mohamad Shukor Hj Hasan
012.2889556 / mskota@tm.net.my / 33, 7/2J

6. Hj. Sharifudin Jamaludin
012.2881555 / aizudin_6351@yahoo.com / 3, 9/13

7. Hj. Khairuddin Zainal
013.3915114 / khairuddin@realrewards.com.my / 2, 10/3H

Diharap para jemaah dapat memberi kerjasama dalam memenuhi kewajipan bersama ini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada AJK Penaja seperti yang tertera diatas.

*“Fardhu Kifayah, Tuntutan Bersama”*

::truemax bagi pihak Moderator
6 Muharram 1431H