SBR Image

SBR Image

Sunday, December 13, 2009

Buletin Surau BaiturRahman - 12/2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Disember-2009. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:



Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
26 Zulhijjah 1430H

Jadual Pengajian Disember 2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Disember 2009 di Surau BaiturRahman Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator
26 Zulhijjah 1430H

Monday, December 7, 2009

Renungan..

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi)

Tuesday, November 3, 2009

Buletin Surau BaiturRahman - 11/2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Nov-2009. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:


.. atau muat turun dalam format pdf dari sini.

Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
15 Zulkaedah 1430H

Jadual Pengajian November 2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan November 2009 di Surau BaiturRahman Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sama-sama lah kita mengikuti pengajian-pengajian ini.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator
15 Zulkaedah 1430H

Sunday, November 1, 2009

Wakil Korban

Mewakilkan pihak lain melaksanakan korban

1: Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?

J: Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim. Wallahuaklam

2: Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?

J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”

3: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?

J: Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini. Wallahuaklam”


Rujukan : http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/soal-jawab-ibadah-korban/#s38

Thursday, October 8, 2009

Jadual Pengajian Oktober 2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Oktober 2009 di Surau BaiturRahman Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sama-sama lah kita mengikuti pengajian pengajian ini.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator
19 Syawal 1430H

Buletin Surau BaiturRahman - 10/2009

Salam Syawal untuk semua pembaca.

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Okt-2009. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:


.. atau muat turun dalam format pdf di sini.

Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
19 Syawal1430H

Thursday, September 3, 2009

Buletin Surau BaiturRahman - 09/2009

Salam Ramadhan untuk semua.

Sudah hampir setengah bulan Ramadhan kita lalui. Adakah kita sudah mengambil peluang sebaiknya di bulan yang penuh mulia ini? Semoga amalan-amalan kita diberi nilai yang tinggi dan diterima oleh Allah s.w.t. Masih ada masa untuk kita tingkatkan lagi amalan, sebelum bulan yang penuh berkat ini pergi meninggalkan kita.

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Sept-2009. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:



Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
13 Ramadhan 1430H

Wednesday, August 26, 2009

Buletin Surau BaiturRahman - Edisi Khas Ramadhan 1430H

Sila tekan pada gambar untuk besarkan.

Muka surat 1:



Muka surat 2:


Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator

Monday, August 17, 2009

Nombor Akaun Untuk Sumbangan

Assalamu'alaikum,

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Surau BaiturRahman, kami amat mengalu-alukan derma dan sumbangan dari anda semua.

Sumbangan-sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Dana Surau dan akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti surau termasuklah aktiviti dalam bulan Ramadhan yang hampir tiba, juga untuk membiayai kos operasi Surau BaiturRahman.

Sumbangan bolehlah dibuat terus ke dalam akaun-akaun berikut:
1. Maybank Berhad : 5623 6610 3444
2. Bank Islam Malaysia : 1206 5010 0293 62

Terima kasih didahului, dan semoga Allah membalas sumbangan anda dengan berlipat kali ganda lagi, dengan rahmatNya.

Wassalam.

Tuesday, August 11, 2009

Program Ihya' Ramadhan Untuk Muslimah Surau Baiturrahman

Assalamualaikum.

Berikut adalah jadual program bagi Muslimah sepanjang bulan Ramadhan ini.



Sila klik pada gambar untuk besarkan.

Wassalam

Thursday, August 6, 2009

Kursus Penyembelihan di Surau Baiturrahman

Assalamu'alaikum,

Pada 25-Jul-2009 baru baru ini, Surau BaiturRahman telah mengadakan aktiviti Kursus Penyembelihan Ayam.

Penyertaannya amat menggalakan, iaitu kira-kira 40 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Ia merangkumi teori iaitu hukum, nas dan kaifiat penyembelihan ayam ini. Kemudian daripada itu, para peserta berpeluang untuk mempelajarinya secara praktikal pula.

Berikut ialah gambar-gambar di sekitar aktiviti tersebut:











Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator.

p.s.: Saya masih belum berpeluang untuk memuat naik video ke youtube untuk aktiviti ini atas sebab-sebab teknikal komputer saya. InsyaAllah akan saya buat kemudian dan akan letakkan pautannya di sini.

Jadual Pengajian Ogos 2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Ogos 2009 di Surau BaiturRahman Putra Heights.

Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sama-sama lah kita mengambil peluang untuk meningkatkan Ilmu, Iman dan Amalan kita.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator

Monday, August 3, 2009

Golf Amal Surau Baiturrahman 2009

Pada 2 Ogos 2009 bersamaan dengan 11 Syaaban 1430, pertandingan Golf Amal Surau Baiturrahman telah diadakan. Pertandingan tersebut telah diadakan di Bangi Golf Resort.


Antara peserta pertandingan ini...


Antara beberapa gelagat yang berjaya dirakamkan sepanjang pertandingan...



Akhirnya tibalah ke upacara penyampaian hadiah...


Penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah...


Dan para pemenang pertandingan Golf Amal Surau Baiturrahman 2009...