SBR Image

SBR Image

Tuesday, September 24, 2013

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau BaiturRahman, 1434H

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kita telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau BaiturRahman pada hari Sabtu, 24 Syawal 1434H (31 Ogos 2013) baru-baru ini, di perkarangan Surau.

Berikut sedikit gambaran pada majlis tersebut.

Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Yazid.




Selepas solat Isyak para jemaah dan ahli kariah dijemput untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan. Hidangan tersebut termasuklah:

Kambing Golek (4 ekor), Bihun Sup, ABC, Satey, Ayam Goreng dan lain-lain lagi.

Berikut sedikit gambar daripada majlis tersebut.








Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir temasuklah ahli-ahli qariah, tetamu jemputan dan terutamanya kepada Ustaz-Ustaz yang telah banyak mencurah ilmu dengan menyampaikan kuliah di Surau BaiturRahman kita.






Juga terima kasih kepada yang bermurah hati untuk menaja pelbagai makanan, dan pasukan perkerja, semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini, sama ada di hadapan atau pun di sebalik tabir. Allah saja lah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam memberikan ganjarannya dan membalas atas segala usaha itu.

Semoga majlis ini dapat mendekat persaudaraan kita sesama islam yang menjuruskan untuk tolong menolong dalam kebajikan dan saling menasihati sesama kita, dalam kita mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Sekian terima kasih.

::truemagix

Monday, September 2, 2013

Jadual Pengajian Surau BaiturRahman, September 2013

Assalamu'alaikum,

Semoga kita masih lagi boleh terus melakukan ibadah dengan istiqamah, peningkatan dari sessi Ramadhan yang lepas.

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan September tahun Masihi 2013 bersamaan dengan bulan Syawal/Zulkaedah 1434H  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.



Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
26 Syawal 1434H (Isnin)
2 Sept 2013