SBR Image

SBR Image

Monday, October 21, 2013

Hari Raya Korban 1434H

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah kita telah diberikan Allah peluang untuk merayakan Hari Raya Aidiladha, atau Hari Raya Korban baru-baru ini.

Sebanyak 5 ekor kambing untuk Aqiqah telah disembelih pada hari sebelumnya,
dan pada hari pagi Hari Raya Korban, 12 ekor lembu telah dikorbankan di Surau BaitruRahman. Semoga amalan korban kita semua diterima oleh Allah s.w.t.

Alhamdulillah, aktiviti korban yang telah dijalankan itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah besar. Terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuklah peserta-peserta korban, petugas-petugas sukarela, AJK Program Korban, AJK Surau dan lain-lain, kerana telah memberikan kerjasama yang hebat dalam menjayakan program ini.

Berikut sedikit gambar daripada aktiviti korban pada hari tersebut.



Pendaftaran Petugas dan Ketua Kumpulan Lembu di awal pagi selepas solat Hari Raya Aidil Adha

Lembu sudah dijatuhkan untuk dikorbankan.

Aqad, ketua kumpulan lembu mewakilkan kepada juru sembelih.


Khemah pemotongan lembu mengikut kumpulan / nombor lembu masing-masing:











Kawasan pemotongan tulang.
Pasukan Muslimah bergotong-royong memasak untuk jamuan tengah hari.


Kaunter agihan.


Semoga dengan aktiviti ini semua lebih mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., mendapat keampunanNya dan seterusnya keredhaanNya.

Sekian,wassalam.

::truemax
17 Zulhijjah 1434H (Selasa)
21 Oktober 2013M

Saturday, October 5, 2013

Jadual Pengajian Surau BaiturRahman, Oktober 2013

Assalamu'alaikum,

Semoga kita sudah bersedia untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang dituntut oleh Agama mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan Oktober tahun Masihi 2013 bersamaan dengan bulan Zulkaedah/Zulhujjah 1434H  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.



Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
30 Zulkaedah 1434H (Sabtu)
2013-1005 (201340 Sat) 11:20:45 MYT-8