SBR Image

SBR Image
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur

Assalmua'alaikum,

SurauBaiturRahman dengan kerjasama Jawatan Kuasa Penduduk JKP Putra Heights dan surau-surau sekitar Putra Height sedang mengadakan kutipan bantuan untuk mangsa banjir Pantai Timur. Rancangan penghantaran Misi Bantuan 2 akan dibuat pada 23 Januari ini, insyaAllah.

Marilah kita sama-sama menyumbang mengikut kemampuan dan cara kita sendiri. Semoga apa-apa sumbangan yang kita lakukan walaupun sedikit, diterima oleh Allah s.w.t. dan diberikan gandaan pahala oleh Nya.


Sumbangan wang boleh terus dimasukkan ke akaun Maybank Surau BaiturRahman (5623 6610 3444), dan msgkan amount kepada En. Roslan Saad (019-6565065).

Sedikit gambar daripada Misi Bantuan Pertama ..








Untuk lebih banyak gambar sila klik link di bawah:
https://www.flickr.com/groups/ph-bantu/pool/

Sekian, wassalam.


::ahmadzuhairi
bagi pihak Surau BaiturRahman.

Friday, December 6, 2013

Karnival Putra Heights 2013

Asslamu'alaikum,

Dijemput semua pembaca untuk hadir ke Karnival Putra Heights 2013, perincian sebagaimana di bawah.


Semoga aktiviti yang kita buat diikhlaskan kepada Allah dengan mengharap keampunan dan keredhaan Allah.

Sekian wassalam.

Truemax.
2013-1206 (201349 Fri) 18:39:08 MYT-8
3 Safar 1435H (Jumaat)

Monday, October 21, 2013

Hari Raya Korban 1434H

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah kita telah diberikan Allah peluang untuk merayakan Hari Raya Aidiladha, atau Hari Raya Korban baru-baru ini.

Sebanyak 5 ekor kambing untuk Aqiqah telah disembelih pada hari sebelumnya,
dan pada hari pagi Hari Raya Korban, 12 ekor lembu telah dikorbankan di Surau BaitruRahman. Semoga amalan korban kita semua diterima oleh Allah s.w.t.

Alhamdulillah, aktiviti korban yang telah dijalankan itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah besar. Terima kasih kepada semua yang terlibat, termasuklah peserta-peserta korban, petugas-petugas sukarela, AJK Program Korban, AJK Surau dan lain-lain, kerana telah memberikan kerjasama yang hebat dalam menjayakan program ini.

Berikut sedikit gambar daripada aktiviti korban pada hari tersebut.



Pendaftaran Petugas dan Ketua Kumpulan Lembu di awal pagi selepas solat Hari Raya Aidil Adha

Lembu sudah dijatuhkan untuk dikorbankan.

Aqad, ketua kumpulan lembu mewakilkan kepada juru sembelih.


Khemah pemotongan lembu mengikut kumpulan / nombor lembu masing-masing:











Kawasan pemotongan tulang.
Pasukan Muslimah bergotong-royong memasak untuk jamuan tengah hari.


Kaunter agihan.


Semoga dengan aktiviti ini semua lebih mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., mendapat keampunanNya dan seterusnya keredhaanNya.

Sekian,wassalam.

::truemax
17 Zulhijjah 1434H (Selasa)
21 Oktober 2013M

Tuesday, September 24, 2013

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau BaiturRahman, 1434H

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kita telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau BaiturRahman pada hari Sabtu, 24 Syawal 1434H (31 Ogos 2013) baru-baru ini, di perkarangan Surau.

Berikut sedikit gambaran pada majlis tersebut.

Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Yazid.




Selepas solat Isyak para jemaah dan ahli kariah dijemput untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan. Hidangan tersebut termasuklah:

Kambing Golek (4 ekor), Bihun Sup, ABC, Satey, Ayam Goreng dan lain-lain lagi.

Berikut sedikit gambar daripada majlis tersebut.








Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir temasuklah ahli-ahli qariah, tetamu jemputan dan terutamanya kepada Ustaz-Ustaz yang telah banyak mencurah ilmu dengan menyampaikan kuliah di Surau BaiturRahman kita.






Juga terima kasih kepada yang bermurah hati untuk menaja pelbagai makanan, dan pasukan perkerja, semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini, sama ada di hadapan atau pun di sebalik tabir. Allah saja lah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam memberikan ganjarannya dan membalas atas segala usaha itu.

Semoga majlis ini dapat mendekat persaudaraan kita sesama islam yang menjuruskan untuk tolong menolong dalam kebajikan dan saling menasihati sesama kita, dalam kita mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Sekian terima kasih.

::truemagix

Monday, January 28, 2013

Sambutan Maulid Rasul s.a.w. 1434H, Putra Heights

Assalamu'alaikum,
Tanggal 12 Rabiul Awal 1434H (Khamis) baru, baru ini satu majlis menyambut Maulid Rasul s.a.w. telah diadakan di Putra Height.

Berikut serba sedikit tentang majlis tersebut, semoga memberi manfaat, dengan lebih meningkatkan cinta kita kepada Nabi s.a.w. dan menambah ibadah dan amalan kita dengan mingikut sunnahnya.

Sambutan bermula di awal pagi dengan perarakan ringkas dari surau-suaru sekitar iaitu Surau Baitur Rahman, Surau Ar-Raudah dan Surau Nur Islah, ke khemah tempat berkumpul di hadapan Flat Seri Mutiara.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

Sedikit tazkirah diberi oleh Ustaz Fuad Othman dan selawat kepada Nabi s.a.w. dibaca bersama-sama.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

Kemudian, berarak kembali ke surau masing-masing. Di Surau BaituRahman, jemaah menjamu selera dengan sarapan pagi yang disediakan.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Kemudian, diteruskan dengan acara kanak-kanak, iaitu tilawah Al-Quran, bercerita tetang sirah Nabi, dan juga nasyid.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Diteruskan lagi dengan Tazkirah oleh Ustazah Fadillah bt. Yaakob, penceramah bebas dari Sentul, Kuala Lumpur.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Pada waktu malamnya diadakan jamuan makan malam diringi dengan qasidah dan selawat.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Selepas waktu Isyak, program diteruskan dengan forum yang bertajuk Khutbah Hajjatul Wida', Ustaz Fakaruddin sebagai moderator, ahli panelnya pula ialah Ustaz Raihan Abdul Aziz dan Diana Amir.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan harta, tenaga dan masa untuk menjayakan sambutan ini, Allah juga lah yang Maha Pemurah dalam mebalas amalan baik kamu semua.

Untuk melihat gambar-gambar lain sila ke sini.

Wassalam.
16 Rabiul Awal 1434H (Isnin)
::ahmadzuhairi