SBR Image

SBR Image

Tuesday, September 24, 2013

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Surau BaiturRahman, 1434H

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, kita telah berjaya mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Surau BaiturRahman pada hari Sabtu, 24 Syawal 1434H (31 Ogos 2013) baru-baru ini, di perkarangan Surau.

Berikut sedikit gambaran pada majlis tersebut.

Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Yazid.




Selepas solat Isyak para jemaah dan ahli kariah dijemput untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan. Hidangan tersebut termasuklah:

Kambing Golek (4 ekor), Bihun Sup, ABC, Satey, Ayam Goreng dan lain-lain lagi.

Berikut sedikit gambar daripada majlis tersebut.








Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir temasuklah ahli-ahli qariah, tetamu jemputan dan terutamanya kepada Ustaz-Ustaz yang telah banyak mencurah ilmu dengan menyampaikan kuliah di Surau BaiturRahman kita.






Juga terima kasih kepada yang bermurah hati untuk menaja pelbagai makanan, dan pasukan perkerja, semua yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini, sama ada di hadapan atau pun di sebalik tabir. Allah saja lah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam memberikan ganjarannya dan membalas atas segala usaha itu.

Semoga majlis ini dapat mendekat persaudaraan kita sesama islam yang menjuruskan untuk tolong menolong dalam kebajikan dan saling menasihati sesama kita, dalam kita mengharapkan keampunan dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Sekian terima kasih.

::truemagix

No comments:

Post a Comment