SBR Image

SBR Image
Showing posts with label Informasi Surau. Show all posts
Showing posts with label Informasi Surau. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Borang Permohonan Mengadakan Aktiviti di Surau BaiturRahman

Assalamu'alaikum,

Sehubungan dengan perkara di atas, tuan-tuan semua boleh memohon untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai di Surau BaiturRahman, sebagaimana contoh di bawah:

- Aqad Nikah
- Kesyukuran
- Tahlil Arwah
- Khatam Al-Quran
- Aqiqah/Cukur
- Kelas Pengajian
- Ceramah/Forum
- Kursus
- dan lain-lain




Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan “BorangPermohonanMengadakanAktivitidiSurauBaiturrahman" yang boleh didapati di sini atau tuan boleh juga mendapatkannya daripada AJK Pengurusan Surau BaiturRahman.

Sekian, wassalam.

::truemax
19 Syaaban 1433H (Isnin)



Wednesday, April 18, 2012

Rakaman Audio Pengajian Agama

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami sudah dapat mengumpulkan sedikit mp3, audio rakaman Kuliah Kuliah Maghrib dan Subuh yang telah diadakan di Surau BaiturRahman untuk dikongsikan.

File mp3 tersebut boleh dimuat-turun dari sini.

Antara kuliah yang telah ri rakam ialah seperti berikut..

Rakaman untuk kuliah-kuliah yang terbaru akan ditambah dari masa ke semasa. Semoga ini dapat membantu kita menjadi lebih dekat kepada Allah and menambah keinsafan kita sebagai hambaNya yang lemah.

Wassalam.

::truemax
27-JamadilAwal-1433H (Khamis)

Sunday, November 13, 2011

Kursus Memahami dan Menghayati Bacaan Dalam Solat

Assalamu'alaikum,

Surau BaiturRahman akan menganjurkan Kursus Memahami dan Menghayati Bacaan Dalam Solat, pada 3 Disember 2011 ini, 9 pagi hingga 2 petang.

Kursus ini terbuka kepada semua, sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Sila mendaftar dengan menghubungi Hj. Zahair (Telefon: 012-3796964) atau terus menulis nama di papan kenyataan di Surau BaiturRahman.



Terima kasih, wassalam.

Truemagix
17 Zulhijjah 1432H (Ahad)

Tuesday, March 16, 2010

Sumbangan - Projek Pembesaran Surau BaiturRahman

...............................

...............................

...............................

...............................


Y’Bhg. Tan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan,


PROJEK PEMBESARAN SURAU BAITURRAHMAN

Perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak surau kini dalam proses untuk membesarkan Surau Baiturrahman (“SBR”) bagi menggantikan tempat khemah-khemah sementara yang sedia ada sekarang. Kami berharap dengan usaha ini ruang tempat mengerjakan solat dapat menampung sekitar 700 jemaah dan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah. Ruang tambahan ini juga dapat digunakan oleh pihak surau bagi lain-lain aktiviti surau. Kami juga berharap projek pembesaran surau ini dapat dipersiapkan sebelum ketibaan bulan Ramadan tahun ini. Berdasarkan anggaran awal, pihak surau memerlukan perbelanjaan sebanyak RM200,000.00 bagi melaksanakan projek ini.

Bersama-sama ini kami sertakan borang sumbangan untuk tindakan Y’Bhg. Tan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan. Sumbangan yang dihulurkan boleh dikecualikan Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (no. rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.5988).

Semoga sokongan dan sumbangan ikhlas dari pihak tuan diterima dan diberkati Allah SWT.


Sekian, terima kasih.


< Tandatangan>
...............................................
Pengerusi Surau Baiturrahman
Roslan Bin Saad

BORANG SUMBANGAN BAGI
PEMBESARAN SURAU BAITURRAHMAN

SURAU BAITURRAHMAN ____
No.30 Jalan Putra Indah 9/2, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

--- --- ---
1. Cek hendaklah di buat atas nama PEMBINAAN SURAU BAITURRAHMAN.

2.Sumbangan tunai boleh dimasukkan kedalam Akaun BIMB
No akaun : 1206-50100-29362

3. Sila kembalikan borang sumbangan ke pihak AJK surau atau kepada penama berikut :


(i) Sdra. Zulkifli Selamat - 012.308 2661,
(ii) Sdra. Dato’ Zamry - 017.283 5023,
(iii) Sdra. Zahari Muda - 012 379 6964,
(iv) Sdra. Juhari Juni - 016 216 6577,
(v) Sdra. Saiful Anas - 017 3008118.


4. Sumbangan pihak tuan akan mendapat mengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (no. rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.5988).

5. Sila hubungi penama diatas sekiranya memerlukan maklumat

--- --- ---
Sila muat turun borang dalam format pdf dari sini.

Sekian, wassalam.

::truemax bagi pihak moderator
30 RabiulAwal 1431H

Sunday, March 7, 2010

Pengurusan Jenazah - Carta Alir

Assalamu'alaikum,

Ini ialah carta aliran untuk proses pengurusan jenazah oleh Surau BaiturRahman, Putra Heights. Apa-apa pertanyaan, sila hubungi Ahli Badan Khairat surau seperti yang disenaraikan di dalam carta.



Download file dalam pdf format di sini.


Wassalam.

::truemax
21 RabiulAwal 1431H

Friday, February 12, 2010

Berita Khairat 2 @ 1.2.2010

Assalamu'alaikum,

Setelah hampir 2 bulan majlis pelancaran khairat kematian dilangsungkan, setakat ini hampir seratus (100) keluarga telah berdaftar. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberi kerjasama dalam hal ini. Diharapkan menjelang akhir Mac nanti, sasaran kita, iaitu sebanyak 200 keluarga dapat berdaftar. Berikut adalah perkembangan terkini:

Kerjasama Strategik

Seperti yang telah dinyatakan pada malam pelancaran tempoh hari, badan khairat ini buat masa sekarang akan memberi fokus hanya terhadap hal-hal kematian yang melibatkan pendaftar dan ahli keluarganya. Kerjasama dengan surau / masjid yang berdekatan, yang telah lama mempraktikkan khairat kematiannya sendiri akan dijalin bagi memujudkan kolobrasi stratejik, disamping sebagai batu loncatan kepada AJK Khairat sementara ini meraih pengalaman dan kemahiran tertentu dalam menguruskan sesuatu hal kematian. Masjid-masjid yang telah dikenalpasti adalah Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam dan Masjid Al-Falakh, USJ.

Manfaat Ahli

Bagi para jemaah yang telah berdaftar, berikut merupakan faedah-faedah keahlian:

Khidmat pengurusan jenazah yang lengkap dari awal ke akhir akan diuruskan oleh badan ini.

Secara lazimnya, urusan2 yang terlibat adalah seperti pengangkutan, pemandian jenazah, pengkafanan, solat jenazah dan pengkebumian, beserta dengan peralatan dan ‘consumables’ yang bersangkutan. Termasuk juga bacaan tahlil 1-malam di SBR. Walaubagaimanapun, urusan standard ini hanya terhad kepada tempat pengkebumian sekitar Putra Heights sahaja: USJ 22 dan Shah Alam Seksyen 21. Bagi kes di luar kawasan, hanya kos yang setara dengan kos standard akan ditampung.

Urusan pemandian dan pengkafanan jenazah dirancang untuk dibuat di Surau Baiturrahman (SBR) dengan kerjasama kakitangan2 Masjid Al-Munawwarah atau Masjid Al-Falakh. Jika ada permintaan untuk menguruskannya di tempat lain daripada waris, sila berhubung dengan AJK.

Liputan (coverage) kepada pendaftar dan ahli keluarganya yang tinggal bersama (bermastautin sebumbung) yang berdaftar. Juga termasuk kes kematian berganda pada ahli2 yang berdaftar;

Mereka yang Telah Mendaftar pada 2007

Pihak AJK badan ini juga telah berusaha mendapatkan dan menyediakan data mengenai dakwaan sebahagian para jemaah SBR yang dikatakan telah membayar / dikecualikan yuran pendaftaran sebanyak RM 10 setelah mereka menyumbang meja makan, semasa satu ceramah perdana dalam kempen kutipan tabung pembinaan surau sekitar 2007. Memandangkan ianya telah lama berlangsung, dan bukan atas pengetahuan AJK sementara ini, sedikit masa telah diambil bagi tujuan ini dan akhirnya alhamdulillah, kami telah berjaya mendapatkan senarai nama tersebut, dan keputusan telah dibuat jika nama-namanya bertembung dengan senarai pendaftaran baru ini, ianya akan dijadikannya sebagai sebahagian daripada yuran tahun hadapan, yang telah dibayar. Sudah tentu, jika ada dari kalangan tuan/puan yang ingin dikembalikan wang ini, sila hubungi mana-mana AJK Badan Khairat Kematian.

Bilik Jenazah

Alhamdulillah juga berkat kerjasama para jemaah dan qariah, kita telah sama-sama berganding bahu bergotong-royong membersihkan surau pada pagi 31 Januari 2010. Termasuk dalam agenda gotong-royong adalah pembersihan bilik mandi jenazah. Sila rujuk gambar-gambar dibawah:



Katil boleh-laras (atas ihsan hamba Allah) sudah tersedia



Tempat mandian jenazah siap dibersihkan



Peralatan / keperluan asas dalam cabinet



Pandangan terbaru bilik jenazah SBR, 31.1.10

Sekian dulu perkembangan buat masa ini.

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, January 2, 2010

Projek Cadangan Pembinaan Bangunan Tambahan

PENGUMUMAN BIRO PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NO 2

Bertarikh 27 Dec 2009 / 10 Muharam 1431


Assalamualaikum wht.
Kepada : Jemaah / Qariah SBR yang dihormati.


Perkara : Projek Cadangan Pembinaan Bangunan Tambahan
Satu Tingkat diSBR untuk aktiviti Solat Jumaat dll.

Biro Pembangunan dan Ekonomi dengan kerjasama Konsultan Konsultan sukarelawan ingin memaklumkan bahawa Kos Projek telah dianggarkan seperti Surat bertarikh 24 December 2009 dan PDA bertarikh 22 December 2009 dari JURUKUR BAHAN FL ASSOCIATES seperti yang dipaparkan.

Oleh yang demikian, pihak BPE mencadangkan agar pelancaran Tabung Pembinaan Bangunan Tambahan digerakan bagi perlaksanaan Projek diatas.

Susulan daripada itu, pihak BPE juga mencadangkan perlaksanaan Projek tersebut hendaklah berdasarkan tender terbuka setelah Tabungan mencecah RM 500,000 dan mengikut Carta Perlaksanaan seperti yang dipaparkan.

Dan dengan itu, sesiapa yang berniat untuk menderma bolehlah hubungi Ajk Induk Surau Baiturrahman selepas pelancaran kutipan derma. Penderma boleh mendapat pelepasan Cukai dari LHDN. Resit akan dikeluarkan oleh SBR.


Sekian terima kasih, Wasalam.



Hj Omar Mohd Tahir
Ketua Biro Pembangunan dan Ekonomi
cc. PENGERUSI DAN AJK INDUK SURAU BAITURRAHMAN


Sunday, November 1, 2009

Wakil Korban

Mewakilkan pihak lain melaksanakan korban

1: Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?

J: Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim. Wallahuaklam

2: Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?

J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”

3: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?

J: Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini. Wallahuaklam”


Rujukan : http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/soal-jawab-ibadah-korban/#s38

Monday, August 17, 2009

Nombor Akaun Untuk Sumbangan

Assalamu'alaikum,

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Surau BaiturRahman, kami amat mengalu-alukan derma dan sumbangan dari anda semua.

Sumbangan-sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam Dana Surau dan akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti surau termasuklah aktiviti dalam bulan Ramadhan yang hampir tiba, juga untuk membiayai kos operasi Surau BaiturRahman.

Sumbangan bolehlah dibuat terus ke dalam akaun-akaun berikut:
1. Maybank Berhad : 5623 6610 3444
2. Bank Islam Malaysia : 1206 5010 0293 62

Terima kasih didahului, dan semoga Allah membalas sumbangan anda dengan berlipat kali ganda lagi, dengan rahmatNya.

Wassalam.

Tuesday, August 11, 2009

Program Ihya' Ramadhan Untuk Muslimah Surau Baiturrahman

Assalamualaikum.

Berikut adalah jadual program bagi Muslimah sepanjang bulan Ramadhan ini.



Sila klik pada gambar untuk besarkan.

Wassalam

Thursday, July 30, 2009

Peta Lokasi Surau BaiturRahman Putra Heights

Assalamu'alaikum,

Kami amat berbesar hati untuk menerima cadangan dan pandangan yang membina tentang blog ini. Salah satu daripada cadangan yang telah diterima ialah untuk meletakkan peta lokasi Surau BaiturRahman ini.
GPS : 2.992735N 101.563421E .


Putra Heights dan Kawasan Sekitar



Lokasi Jalan 9/2

.. atau klik pautan ini untuk google map yang lebih dinamik.

Wassalam

::truemax bagi pihak SBR Blog Moderator

Monday, May 18, 2009

Pengumuman

Kursus Jenazah Surau Baiturrahman

Kepada ahli jemaah yang telah mengisikan nama sebagai peserta Kursus Jenazah SBR, anda diminta untuk menyemak butiran yang telah anda berikan seperti nama dan no ic anda untuk tujuan pengeluaran sijil penyertaan. 

Selain itu bayaran untuk kursus tersebut sebanyak RM 20.00 juga bolehlah dibuat pada Imam ataupun anda boleh menghubungi saudara Madzlan di talian 016-220 4109.

Ralat

Program Kursus Jenazah Surau Baiturrahman

Harap Maaf.

Adalah dimaklumkan bahawa bayaran untuk Kursus Jenazah adalah sebanyak RM20.00 dan bukannya RM 10.00 seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Segala kesulitan amat kami kesali.

Sekian,
Moderator
suraubaiturrahman.blogspot.com

Pengumuman

Berikutan terdapat beberapa salah faham berkaitan sumber pembayaran gaji para Imam Surau Baiturrahman, berikut dinyatakan sumber-sumbernya:-

1. Imam 1 - Surau
2. Imam 2 - Sumbangan AJK
3 Imam 3 - Tajaan seorang 'Hamba Allah' yang telah meminta agar namanya tidak didedahkan.

Sekian,
Moderator
suraubaiturrahman.blogspot.com

Sunday, May 3, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Anjuran Surau Baiturrahman Bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Bertempat di Surau Baiturrahman, Sek. 9, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Tarikh : Ahad, 24 Mei 2009 bersamaan 29 Jamadilawal 1430H

Yuran : RM 20.00 sahaja. (Termasuk Bahan Kursus, makan & minum)

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KARIAH SURAU BAITURRAHMAN AMAT DIGALAKKAN UNTUK MENYERTAI KURSUS INI

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Tuan Imam atau nama-nama di bawah:-

1. Ustaz Fakaruddeen - 012-6549344
2. Tn. Hj. Idrus - 012-3730349
3. Sdr. Madzlan - 016-2204109

Untuk penyertaan, sila isikan nama dan nombor telefon anda di papan kenyataan yang disediakan di hadapan surau.

Thursday, April 30, 2009

Kelas Pengajian Khas Muslimin dan Muslimat

Satu kelas pengajian akan diadakan di Surau Baiturrahman. Butir-butir kelas pengajian tersebut seperti dibawah:-

  • Tenaga Pengajar    : Ustaz Johari
  • Tempat            : Surau Baiturrahman, Putra Heights
  • Hari            : Sabtu (2 Mei 2009)
  • Masa             : Bermula pukul 9.30 pagi

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hjh. Khatijah Abd Rahaman di talian 019-2602343

Monday, April 27, 2009

Program Muqayyam SBR

Surau Baiturrahman akan mengadakan Program Muqayyam di Kuala Terengganu pada tarikh 6 hingga 8 Jun 2009.

Pemberitahuan

Berikutan penyertaan yang kurang menggalakkan, kelas Poco-poco bersama Cikgu Raja Nor telah dihentikan buat sementara sehingga diberitahu kemudian.

Sekian harap maklum.

Sunday, March 15, 2009

Aktiviti Muslimat @ SBR

Aktiviti

Tenaga Pengajar

Catatan

Kuliah Keluarga

Ustaz Azrul Hakim

Kitab Pendidikan Anak-anak Menurut Islam

Setiap Sabtu

minggu ke-2 & ke-4

9.30 – 10.30 pagi

Kelas Fiqh Wanita


Setiap Sabtu

Minggu pertama & ke-3

9.30 – 10.30 pagi

Kelas Tajwid

Ustazah Aishah

Setiap Khamis

9.30 – 10.30 pagi

Kelas Memasak


Setiap Sabtu

Minggu pertama &ke-3

3.00 – 4.00 petang

Kelas Poco-poco dan Aerobik Muslimat

Cikgu Raja Nor

Bertempat di Dewan bersebelahan surau

Setiap Ahad

8.00 – 9.00 pagi


Sebarang cadangan atau pertanyaan sila hubungi Hjh. Khatijah bt. Abd Rahaman di talian (019-2602343)

Saturday, March 14, 2009

Kem Motivasi Ilmuan Islam

Surau Baiturrahman Putra Heights dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya akan menganjurkan satu kem motivasi sempena cuti sekolah ini.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

  • Nama Program: Kem Motivasi Ilmuan Islam
  • Tarikh : 21hb - 22 hb Mac 2009 (2 hari 1 malam)
  • Sasaran umur peserta : 7 - 13 tahun
  • Tempat : Surau Baiturrahman, No 30, Jalan Putra Indah 9/2, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.
  • Yuran penyertaan : RM 50.00

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah

  • Latihan Motivasi
  • Ceramah Interaktif
  • X-plorasi minda, ilmu & iman
  • Jejak Ilmuan
  • Ceria Unggun Api
  • Games

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 19hb Mac 2009.

Borang penyertaan boleh didapati di hadapan pintu utama surau. Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan bolehlah hubungi Ust. Fakaruddeen (012-6549344) atau Sdr. Rusdi Hussin (019-3138989).