SBR Image

SBR Image

Monday, January 28, 2013

Sambutan Maulid Rasul s.a.w. 1434H, Putra Heights

Assalamu'alaikum,
Tanggal 12 Rabiul Awal 1434H (Khamis) baru, baru ini satu majlis menyambut Maulid Rasul s.a.w. telah diadakan di Putra Height.

Berikut serba sedikit tentang majlis tersebut, semoga memberi manfaat, dengan lebih meningkatkan cinta kita kepada Nabi s.a.w. dan menambah ibadah dan amalan kita dengan mingikut sunnahnya.

Sambutan bermula di awal pagi dengan perarakan ringkas dari surau-suaru sekitar iaitu Surau Baitur Rahman, Surau Ar-Raudah dan Surau Nur Islah, ke khemah tempat berkumpul di hadapan Flat Seri Mutiara.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

Sedikit tazkirah diberi oleh Ustaz Fuad Othman dan selawat kepada Nabi s.a.w. dibaca bersama-sama.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

Kemudian, berarak kembali ke surau masing-masing. Di Surau BaituRahman, jemaah menjamu selera dengan sarapan pagi yang disediakan.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Kemudian, diteruskan dengan acara kanak-kanak, iaitu tilawah Al-Quran, bercerita tetang sirah Nabi, dan juga nasyid.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Diteruskan lagi dengan Tazkirah oleh Ustazah Fadillah bt. Yaakob, penceramah bebas dari Sentul, Kuala Lumpur.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Pada waktu malamnya diadakan jamuan makan malam diringi dengan qasidah dan selawat.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Selepas waktu Isyak, program diteruskan dengan forum yang bertajuk Khutbah Hajjatul Wida', Ustaz Fakaruddin sebagai moderator, ahli panelnya pula ialah Ustaz Raihan Abdul Aziz dan Diana Amir.
From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H

From 2013-01 SBR Maulid Rasul 1434H


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan harta, tenaga dan masa untuk menjayakan sambutan ini, Allah juga lah yang Maha Pemurah dalam mebalas amalan baik kamu semua.

Untuk melihat gambar-gambar lain sila ke sini.

Wassalam.
16 Rabiul Awal 1434H (Isnin)
::ahmadzuhairi



Thursday, January 24, 2013

Legasi Baginda Rasulullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam


Assalamu'alaikum,

Selamat menyambut MaulidurRasul s.a.w. 12 Rabiul Awal 1434H. Sempena maulidurRasul kali ini dikonsikan untuk semua pembacan satu artikal bertajuk "Legasi Baginda Rasullullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam", hasil tuliasan dari salikin@gmail.com.

Legasi Baginda Rasullullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam

§    Dalam jangkamasa 10 tahun, Baginda Rasulullah s.a.w. telah berjuang dalam 8 peperangan utama, mengetuai 18 serbuan, dan merancang lebih 38 operasi ketenteraan lain. Baginda juga telah berjaya memperkenalkan 8 transformasi dalam tatacara ketenteraan
§    Baginda Rasulullah tidak pernah menerima latihan ketenteraan secara rasmi sepanjang umur Baginda
§    Sebagai panglima perang, Baginda tidak pernah sekalipun menukar pelan misi, dek kerana isu lojistik. Ini kerana Baginda sendiri berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam geografi tanah Arab. Baginda tahu jarak dan bentuk muka bumi, kadar perjalanan, lokasi sumber air, cuaca, tempat yang sesuai untuk melakukan serang hendap, dan sebagainya
§    Menurut Richard A. Gabriel, penulis buku “Muhammad: Islam’s first great general”:
...”But Muhammad was more than a great field general and tactician. He was a military theorist, organizational reformer, strategic thinker, operational level combat commander, political and military leader, heroic soldier, revolutionary, and inventor of the theory of insurgency and history’s first successful practitioner”...
§    Penaklukan negara-negara Arab adalah semata-semata atas usaha dakwah mentauhidkan Allah s.w.t.,  dilakukan menerusi arahan berpusat dari Madinah – centralised coordination and leadership – jauh berbeza sekali dengan budaya tribal Arab pada masa itu yang berpaksikan kepada kepimpinan beberapa puak / qabilah tertentu
§    Penakluk Islam kemudiannya tidak berminat untuk memerintah negara yang ditakluk. Mereka hanya membiarkan pemerintah terdahulu, yang kini telah memeluk Islam, mentadbir wilayah masing-masing. Ini sangat berbeza sekali dengan penakluk-penakluk barat
§    Tatkala kuda sudah mula senang didapati, tentera Islam telah berjaya menghasilkan kuda perang kacukan Arab-Syria yang terbaik pada masa itu    
§    Konsep islam sebagai agama, ummah dan pada masa yang sama, tentera telah berjaya merevolusikan ketenteraan Islam
§    Nabi Muhammad s.a.w. membentuk tentera infantrinya berbeza dengan tradisi Arab, iaitu dengan disiplin yang tinggi dan meletakkan anggota tenteranya di dalam lingkungan puak dan anggota keluarga mereka sendiri. Ini membuatkan ketumbukan ini besar – menyulitkan musuh untuk menembusi. Moral dan semangat kekitaan juga tinggi.
§    Baginda Rasulullah juga mula-mula memperkenalkan jawatan ketua komander bagi angkatan tentera Islam, bagi menjamin disiplin, penyatuan dan akauntabiliti
§    Baginda juga telah memperkenalkan kaedah perang psikoloji dan juga strateji keraguan, seperti yang digunakannya dalam perang Uhud
§    Tentera berkuda Islam dilatih untuk bertempur dalam dua keadaan – atas kuda dan atas tanah; manakala tentera Bizantium hanya dilatih untuk bertempur diatas kuda

..

Sila klik di sini untuk download artikal penuh "Legasi Baginda Rasululla s.a.w. dalam Ketenteraan Islam".

Semoga kita boleh mendapat manfaat daripadanya, meningkatkan amalan ibadah yang ikhlas kepada Allah s.w.t. dengan mengikut cara dan sunnah Nabi s.a.w.


Wassalam.

::ahmadzuhairi
12 RabiulAwal 1434H (Khamis)

Thursday, January 3, 2013

Jadual Pengajian Surau BaiturRahman, Januari 2013


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan Januari tahun Masihi 2013 bersamaan dengan Safar/RabiulAwal 1434H  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
20 Safar 1434H (Khamis)