Assalamu'alaikum,
Legasi Baginda Rasullullah s.a.w. dalam Ketenteraan Islam
§
Dalam
jangkamasa 10 tahun, Baginda Rasulullah s.a.w. telah berjuang dalam 8
peperangan utama, mengetuai 18 serbuan, dan merancang lebih 38
operasi ketenteraan lain. Baginda juga telah berjaya memperkenalkan 8
transformasi dalam tatacara ketenteraan
§
Baginda
Rasulullah tidak pernah menerima latihan ketenteraan secara rasmi sepanjang
umur Baginda
§
Sebagai
panglima perang, Baginda tidak pernah sekalipun menukar pelan misi, dek kerana
isu lojistik. Ini kerana Baginda sendiri berpengetahuan dan berpengalaman luas
dalam geografi tanah Arab. Baginda tahu jarak dan bentuk muka bumi, kadar
perjalanan, lokasi sumber air, cuaca, tempat yang sesuai untuk melakukan serang
hendap, dan sebagainya
§
Menurut
Richard A. Gabriel, penulis buku “Muhammad: Islam’s first great general”:
...”But Muhammad was
more than a great field general and tactician. He was a military theorist,
organizational reformer, strategic thinker, operational level combat commander,
political and military leader, heroic soldier, revolutionary, and inventor of
the theory of insurgency and history’s first successful practitioner”...
§ Penaklukan negara-negara Arab adalah
semata-semata atas usaha dakwah mentauhidkan Allah s.w.t., dilakukan menerusi arahan berpusat dari
Madinah – centralised coordination and leadership – jauh berbeza sekali
dengan budaya tribal Arab pada masa itu yang berpaksikan kepada kepimpinan
beberapa puak / qabilah tertentu
§ Penakluk Islam kemudiannya tidak berminat
untuk memerintah negara yang ditakluk. Mereka hanya membiarkan pemerintah
terdahulu, yang kini telah memeluk Islam, mentadbir wilayah masing-masing. Ini
sangat berbeza sekali dengan penakluk-penakluk barat
§ Tatkala kuda sudah mula senang
didapati, tentera Islam telah berjaya menghasilkan kuda perang kacukan
Arab-Syria yang terbaik pada masa itu
§
Konsep
islam sebagai agama, ummah dan pada masa yang sama, tentera telah berjaya
merevolusikan ketenteraan Islam
§ Nabi Muhammad s.a.w. membentuk
tentera infantrinya berbeza dengan tradisi Arab, iaitu dengan disiplin yang
tinggi dan meletakkan anggota tenteranya di dalam lingkungan puak dan anggota
keluarga mereka sendiri. Ini membuatkan ketumbukan ini besar – menyulitkan
musuh untuk menembusi. Moral dan semangat kekitaan juga tinggi.
§ Baginda Rasulullah juga mula-mula
memperkenalkan jawatan ketua komander bagi angkatan tentera Islam, bagi
menjamin disiplin, penyatuan dan akauntabiliti
§ Baginda juga telah memperkenalkan
kaedah perang psikoloji dan juga strateji keraguan, seperti yang digunakannya
dalam perang Uhud
§ Tentera berkuda Islam dilatih untuk
bertempur dalam dua keadaan – atas kuda dan atas tanah; manakala tentera
Bizantium hanya dilatih untuk bertempur diatas kuda
..
Semoga kita boleh mendapat manfaat daripadanya, meningkatkan amalan ibadah yang ikhlas kepada Allah s.w.t. dengan mengikut cara dan sunnah Nabi s.a.w.
Wassalam.
::ahmadzuhairi
12 RabiulAwal 1434H (Khamis)
No comments:
Post a Comment