SBR Image

SBR Image

Thursday, April 30, 2009

Pelancaran Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (AMHM), Surau BaiturRahman

Pada hari Sabtu 25/4/09 Majlis Pelancaran Skuad AMHM telah di adakan di Surau Baiturrahman. Objektif utama Skuad AMHM ini adalah untuk mencegah kemungkaran yang berlaku di Kawasan Putra Heights seksyen 7, 8, 9 dan 10 dan kawasan di sekelilingnya secara reaktif dan juga preventif.

Acara bermula selepas solat Magrib dengan taklimat pelancaran oleh ketua Biro AMHM, Mohd Juhari Mohd Juni. Ini di ikuti pula dengan Ceramah khas aktiviti cegah mungkar oleh Ust Roslan (Ketua Pegawai Operasi Perkid merangkap Timbalan Nazir Masjid Al-Munawarah). Ustaz Roslan telah menayangkan klip rakaman rancangan Astro liputan siaran 'Expose' – Ops Masih Ada Yang Sayang IV Malam Merdeka 2007.

Semasa ceramah, buku pendaftaran ahli Skuad telah di edarkan. Setakat ini seramai 24 anak kariah telah mendaftar.

Selepas solat Isyak, sedikit jamuan makan malam telah disediakan oleh pihak surau.


Para jemaah sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Roslan

Dari kiri:  Sdr. Zainuddin, Ustaz Fakaruddeen,  Hj. Idrus

Dari kiri: Sdr. Roslan Saad, Ustaz Roslan, Ustaz Fakaruddeen

Para jemaah sedang mengambil makanan

Para jemaah sedang menjamu selera dengan hidangan yang disediakan

No comments:

Post a Comment