SBR Image

SBR Image

Saturday, February 18, 2012

Ceramah Kesihatan, Kurangkan Berat dengan Diet dan Senaman

Assalamu'alikum,
Ini ialah slides and file dari ceramah oleh Dr Mahathir Muhammad pada hari Isnin 13 Feb 2012 yang lalu. Ceramah yang amat berguna dalam usaha kita menjaga kesihatan diri dengan diet permakan yang betul dan senaman High Intensity Interval Training (HIIT) yang mengambil masa 4 minit + 6 Minit sahaja.

File 1: Fat Loss Diet and HIIT Slides
File 2: Fat Loss Action Steps Checklist

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Dr Mahathir boleh di hubungi melalui alamat berikut:
Timeless,
C1-03A, Jalan SS6/5B, Dataran Glomac Kelana Jaya, 
47301 Petaling Jaya, Selangor.
GPS Location: Lat: 3.102574, Long: 101.600246
Phone: 03-78808486, 017-2661868 Email: timeless.timeless@gmail.com
Business Hours: Monday-Friday: 9:30am-6:00pm Saturday: 9:30am-3:30pm Sunday: Closed
www.timelessclinic.com.

Wassalam.
::truemagix
25 RabiulAwal 1433H (Sabtu)

Thursday, February 2, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan Febuari 2012

Assalamu'alaikum,


Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Febuari 2012 di Surau BaiturRahman, Putra Heights.



Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,
truemax
9 Rabiul Awal 1433H (Khamis)

Sambutan Maulid Rasulullah s.a.w. 1433H

Assalamu'alaikum,
Dijemput semua pembaca untuk bersama-sama menyertai sambutan Maulid Rasulullah s.a.w. di Surau BaiturRahman, sebagaimana berikut:



Semoga dengan sambutan ini akan bertambah cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. yang telah banyak berkorban, amat sabar menempuh jalan yang amat sukar dalam menunjuk jalan yang lurus, sehingga kita pun boleh mendapat cahaya Islam dan Iman.

Wassalam.

::truemax
9 RabiulAwal 1433H (Khamis)

Monday, January 2, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan Januari 2012


Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur oleh Allah dan terus diberi nikmat olehnya untuk meneruskan aktiviti harian kita dibumi Allah ini, ke tahun Masihi 2012.

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Januari 2012 di Surau BaiturRahman, Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,
truemax
7 Safar 1433H (Selasa)

Thursday, December 15, 2011

Talkshow - Indahnya Hidup Bersyariat (Update)

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, Forum Perdana Talk Show - Indahnya Hidup Bersyariat, telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 9 Disember lalu. Saudara Ismail Zainuddin (Mel Wings) telah menggantikan Saudara Bob Lokman yang tidak dapat hadir pada malam tersebut.

Semoga kita semua mengambil iktbar dan manfaat dari pengalaman dan nasihat yang telah di kongsikan, setiap hari semoga kita makin dekat kepada Allah, di atas jalan yang lurus.

Sedikit gambar dikongsikan di sini untuk tatapan bersama.


From 2011-12 SBR Forum Perdana




Wassalam.
truemax
19 Muharam 1433H (Khamis)

Wednesday, December 7, 2011

Talkshow - Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamu'alaikum,
Di jemput semua pembaca ke "Talkshow - Indahnya Hidup Bersyariat", di Surau BaiturRahman pada hari Jumaat ini (9 Disember) selapas Solat Isyak.

Warwarkanlah juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara kita yang lain.


Semoga kita mendapat manfaat, dan lebih mendekatkan kita kepada Allah.

Wassalam.
Truemax
11 Muharam 1433H (Rabu)

Tuesday, December 6, 2011

Jadual Pengajian Bagi Bulan Disember 2011


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Disember 2011 di Surau BaiturRahman, Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,
truemax
10 Muharam 1433H (Selasa)

Sunday, November 13, 2011

Kursus Memahami dan Menghayati Bacaan Dalam Solat

Assalamu'alaikum,

Surau BaiturRahman akan menganjurkan Kursus Memahami dan Menghayati Bacaan Dalam Solat, pada 3 Disember 2011 ini, 9 pagi hingga 2 petang.

Kursus ini terbuka kepada semua, sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Sila mendaftar dengan menghubungi Hj. Zahair (Telefon: 012-3796964) atau terus menulis nama di papan kenyataan di Surau BaiturRahman.



Terima kasih, wassalam.

Truemagix
17 Zulhijjah 1432H (Ahad)

Hari Raya Korban 1432H

Assalamu'alaikum,

Ini sedikit gambar daripada Sambutan Hari Raya Korban 1432H.

Solat hariraya dia lakukan pada jam 8.30am. Dari awal lagi penduduk sekitar sudah datang ke surau untuk bertakbir bersama-sama.




Penyembelihan lembu korban bermula pada kira kira jam 9.45am. 10 ekor lembu telah dikorbankan sempena hari raya ini.





Semoga amalan korban kita dan juga pengorbanan kita setiap hari dalam mentaati perintah Allah diterima oleh Nya.

Sekian, wassalam.

truemax
17 Zulhijjah 1432H (Ahad)

.ps Barang siapa mahu kongsikan gambar-gambar yang diambil pada hari raya korban tersebut, sila hantarkan kepada saya truemagix@gmail.com. Gambar-gambar yang terbaik dan sesuai akan ditambah ke web page ini. Terima kasih.

Saturday, November 5, 2011

Jadual Pengajian Bagi Bulan November 2011


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan November 2011 di Surau BaiturRahman, Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,
truemax
9 Zulhijjah 1432H (Sabtu)