SBR Image

SBR Image

Wednesday, April 18, 2012

Rakaman Audio Pengajian Agama

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami sudah dapat mengumpulkan sedikit mp3, audio rakaman Kuliah Kuliah Maghrib dan Subuh yang telah diadakan di Surau BaiturRahman untuk dikongsikan.

File mp3 tersebut boleh dimuat-turun dari sini.

Antara kuliah yang telah ri rakam ialah seperti berikut..

Rakaman untuk kuliah-kuliah yang terbaru akan ditambah dari masa ke semasa. Semoga ini dapat membantu kita menjadi lebih dekat kepada Allah and menambah keinsafan kita sebagai hambaNya yang lemah.

Wassalam.

::truemax
27-JamadilAwal-1433H (Khamis)

Thursday, April 5, 2012

Karnival Putra Heights 2012 - Suatu Kejayaan

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah gambar-gambar dari Karnival Putra Heights 2012 yang baru berlangsung pada hujung baru-baru ini.

Bermula dengan jamuan makan malam di Surau BaiturRahman pada malam hari Jumaat 30 Mac.

Selepas perasmian, majlis diteruskan dengan forum perdana, Ustaz Dr Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri dan Ustaz Shauqi Othman sebagai ahli panel, manakala moderatornya pula ialah Ustaz Haslin Baharin.

2 hari yang berikutnya, Karnival Putra Heights diteruskan lagi dengan pelbagai acara seperti pertandingan nasyid, mewarna, memasak, perlawanan futsal, bola keranjang, ping pong, persembahan konsert in-Team, walkaton, pertunjukkan Taekwondo, Silat Gayong, pertunjukkan pesawat udara kawalan jauh, sukaneka dan lain lain lagi.



Alhamdulillah, tahniah kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan bagi menjayakan karnival ini. Semoga semua usaha kita dikira ibadah dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Untuk gambar-gambar lain, sila click photo di bawah..

Wassalam.

::truamax
12 Jamadil Awal 1433H (Rabu)

Wednesday, April 4, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan April 2012


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan April 2012 di Surau BaiturRahman, Putra Heights.



Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,
truemax
12 Jamadil Awal 1433H (Rabu)