Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Desember 2010 di Surau BaiturRahman Putra Heights.
Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.
Wassalam,
::truemax bagi pihak Moderator
29 Zulhijjah 1431H
Perkongsian aktiviti bersama bagi komuniti Surau BaiturRahman dan sekitarnya.
(i) Sdra. Zulkifli Selamat - 012.308 2661,
(ii) Sdra. Dato’ Zamry - 017.283 5023,
(iii) Sdra. Zahari Muda - 012 379 6964,
(iv) Sdra. Juhari Juni - 016 216 6577,
(v) Sdra. Saiful Anas - 017 3008118.
Assalamu'alaikum,
Setelah hampir 2 bulan majlis pelancaran khairat kematian dilangsungkan, setakat ini hampir seratus (100) keluarga telah berdaftar. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberi kerjasama dalam hal ini. Diharapkan menjelang akhir Mac nanti, sasaran kita, iaitu sebanyak 200 keluarga dapat berdaftar. Berikut adalah perkembangan terkini:
Kerjasama Strategik
Seperti yang telah dinyatakan pada malam pelancaran tempoh hari, badan khairat ini buat masa sekarang akan memberi fokus hanya terhadap hal-hal kematian yang melibatkan pendaftar dan ahli keluarganya. Kerjasama dengan surau / masjid yang berdekatan, yang telah lama mempraktikkan khairat kematiannya sendiri akan dijalin bagi memujudkan kolobrasi stratejik, disamping sebagai batu loncatan kepada AJK Khairat sementara ini meraih pengalaman dan kemahiran tertentu dalam menguruskan sesuatu hal kematian. Masjid-masjid yang telah dikenalpasti adalah Masjid Al-Munawwarah, Shah Alam dan Masjid Al-Falakh, USJ.
Manfaat Ahli
Bagi para jemaah yang telah berdaftar, berikut merupakan faedah-faedah keahlian:
Khidmat pengurusan jenazah yang lengkap dari awal ke akhir akan diuruskan oleh badan ini.
Secara lazimnya, urusan2 yang terlibat adalah seperti pengangkutan, pemandian jenazah, pengkafanan, solat jenazah dan pengkebumian, beserta dengan peralatan dan ‘consumables’ yang bersangkutan. Termasuk juga bacaan tahlil 1-malam di SBR. Walaubagaimanapun, urusan standard ini hanya terhad kepada tempat pengkebumian sekitar
Urusan pemandian dan pengkafanan jenazah dirancang untuk dibuat di Surau Baiturrahman (SBR) dengan kerjasama kakitangan2 Masjid Al-Munawwarah atau Masjid Al-Falakh. Jika ada permintaan untuk menguruskannya di tempat lain daripada waris, sila berhubung dengan AJK.
Liputan (coverage) kepada pendaftar dan ahli keluarganya yang tinggal bersama (bermastautin sebumbung) yang berdaftar. Juga termasuk kes kematian berganda pada ahli2 yang berdaftar;
Mereka yang Telah Mendaftar pada 2007
Pihak AJK badan ini juga telah berusaha mendapatkan dan menyediakan data mengenai dakwaan sebahagian para jemaah
Bilik Jenazah
Alhamdulillah juga berkat kerjasama para jemaah dan qariah, kita telah sama-sama berganding bahu bergotong-royong membersihkan surau pada pagi 31 Januari 2010. Termasuk dalam agenda gotong-royong adalah pembersihan bilik mandi jenazah. Sila rujuk gambar-gambar dibawah:
Katil boleh-laras (atas ihsan hamba Allah) sudah tersedia
Tempat mandian jenazah siap dibersihkan
Peralatan / keperluan asas dalam cabinet
Pandangan terbaru bilik jenazah
Sekian dulu perkembangan buat masa ini.
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.