SBR Image

SBR Image

Tuesday, October 23, 2012

Kuliah Khas Ustaz Ismail Kamus - Mana Milik Kita? (Dengan Audio)

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah pada hari Sabtu lalu (20-Oktober-2012) kami di SBR telah mengadakan Kuliah Khas bertajuk "Bicara Barakah - Mana Milik Kita" anjuran bersama dengan Pusat Zakat Selangor.

Untuk pembaca yang mahu mendengar rakaman audio dari sessi ini, mp3 boleh di download dari sini (24.2MB). InsyaAllah, rakaman video juga akan dikongsikan di facebook surau sedikit masa lagi.

Jamuan makan dan sedikit jualan juga diadakan dan pihak Pusat Zakat mengadakan kaunter bergerak di perkarangan Surau BaiturRahman.

Berikut sedikit gambar daripada majlis tersebut.

From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita

From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita

From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita


From 2012-10-20 SBR Ust Ismail Kamus - Mana Milik Kita

Terima kasih kepada semua yang hadir dan semua yang menyumbang dalam menjayakan majlis ini.

Semoga semua ini bermanfaat untuk mendekatkan diri kita dan keluarga kita kepada Allah dalam menuju ke rumah kekal kita di akhirat.

Sekian, wassalam.

- Truemax
7 Zulhijjah 1433H (Selasa)

Saturday, October 13, 2012

Ceramah Palestine dari MAPIM - Dengan Audio MP3

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah pada 7-Oktober-2012 (22 Zulkaedah 1433H) baru-baru ini satu ceramah tentang negara saudara kita yang sudah lama teraninyaya, Palestine, telah diadakan di Surau BaiturRahman dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), oleh Penyelaras MAPIM Selangor, Abdul Aziz Abu Bakar.

Beliau juga adalah Ketua Penyelaras Projek Pembinaan Masjid di Gaza, Palastine dan telah berkongsi maklumat-maklumat terkini and pengalaman sendiri bersama dengan masyarakat di sana.

Berikut adalah gambar-gambar dari majlis penerangan tersebut. Manakala audio MP3 boleh di muat-turun di sini. (Size 76.3MB, 1 Jam 21 Minit). Harap maaf kerana bahagian awal audio tidak dapat dirakam.

Maklumat lanjut dan gambar-gambar di Palastine boleh didapati dari Laman Web MAPIM iaitu http://www.mapim.org/koleksi-gambar/

From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


From 2012-10-07 SBR MAPIM


Semoga kita terus dapat membantu saudara-saudara kita di Palestine, dengan penuh ikhlas dan rendah diri.
Sekian, wassalam.

Truemagix
28 Zulkaedah 1433H (Ahad)

Friday, October 5, 2012

Jadual Pengajian bagi Bulan Oktober 2012


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Kuliah bagi bulan Oktober tahun Masihi 2012  di Surau BaiturRahman, Putra Heights.




Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sekian, wassalam.

Truemax
19 Zulkaedah 1433H (Jumaat)