SBR Image

SBR Image

Sunday, November 13, 2011

Kursus Memahami dan Menghayati Bacaan Dalam Solat

Assalamu'alaikum,

Surau BaiturRahman akan menganjurkan Kursus Memahami dan Menghayati Bacaan Dalam Solat, pada 3 Disember 2011 ini, 9 pagi hingga 2 petang.

Kursus ini terbuka kepada semua, sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Sila mendaftar dengan menghubungi Hj. Zahair (Telefon: 012-3796964) atau terus menulis nama di papan kenyataan di Surau BaiturRahman.



Terima kasih, wassalam.

Truemagix
17 Zulhijjah 1432H (Ahad)

Hari Raya Korban 1432H

Assalamu'alaikum,

Ini sedikit gambar daripada Sambutan Hari Raya Korban 1432H.

Solat hariraya dia lakukan pada jam 8.30am. Dari awal lagi penduduk sekitar sudah datang ke surau untuk bertakbir bersama-sama.




Penyembelihan lembu korban bermula pada kira kira jam 9.45am. 10 ekor lembu telah dikorbankan sempena hari raya ini.





Semoga amalan korban kita dan juga pengorbanan kita setiap hari dalam mentaati perintah Allah diterima oleh Nya.

Sekian, wassalam.

truemax
17 Zulhijjah 1432H (Ahad)

.ps Barang siapa mahu kongsikan gambar-gambar yang diambil pada hari raya korban tersebut, sila hantarkan kepada saya truemagix@gmail.com. Gambar-gambar yang terbaik dan sesuai akan ditambah ke web page ini. Terima kasih.

Saturday, November 5, 2011

Jadual Pengajian Bagi Bulan November 2011


Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan November 2011 di Surau BaiturRahman, Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,
truemax
9 Zulhijjah 1432H (Sabtu)