SBR Image

SBR Image

Saturday, March 27, 2010

Keputusan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak

Assalamu'alaikum,

Sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini, SBR telah menganjurkan pertandingan mewarna di kalangan anak-anak qariah. Sambutan amat menggalakkan dengan anak-anak begitu teruja mewarna karakter upin & ipin kesukaan mereka dan juga yang berlatarbelakangkan sejarah islam.

Lihatlah hasil kerja mereka.

Kategori 4-6 Tahun

Johan: Adik Farah Natasya


Naib Johan: Adik Nurul Auni


Tempat ke-3: Adik Nabila Yasmin bt Jaafar


Kategori 7-9 Tahun

Johan: Adik Aleeya bt Mohd Razi


Naib Johan: Adik Mohd Aqib Danial b Nawi


Tempat ke-3: Adik Muhd Afiq b Mohd Raduan


Sekian, terima kasih.

::truemax bagi pihak moderator
11 RabiulAkhir 1431H

Tuesday, March 16, 2010

Sumbangan - Projek Pembesaran Surau BaiturRahman

...............................

...............................

...............................

...............................


Y’Bhg. Tan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan,


PROJEK PEMBESARAN SURAU BAITURRAHMAN

Perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak surau kini dalam proses untuk membesarkan Surau Baiturrahman (“SBR”) bagi menggantikan tempat khemah-khemah sementara yang sedia ada sekarang. Kami berharap dengan usaha ini ruang tempat mengerjakan solat dapat menampung sekitar 700 jemaah dan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah. Ruang tambahan ini juga dapat digunakan oleh pihak surau bagi lain-lain aktiviti surau. Kami juga berharap projek pembesaran surau ini dapat dipersiapkan sebelum ketibaan bulan Ramadan tahun ini. Berdasarkan anggaran awal, pihak surau memerlukan perbelanjaan sebanyak RM200,000.00 bagi melaksanakan projek ini.

Bersama-sama ini kami sertakan borang sumbangan untuk tindakan Y’Bhg. Tan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan. Sumbangan yang dihulurkan boleh dikecualikan Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (no. rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.5988).

Semoga sokongan dan sumbangan ikhlas dari pihak tuan diterima dan diberkati Allah SWT.


Sekian, terima kasih.


< Tandatangan>
...............................................
Pengerusi Surau Baiturrahman
Roslan Bin Saad

BORANG SUMBANGAN BAGI
PEMBESARAN SURAU BAITURRAHMAN

SURAU BAITURRAHMAN ____
No.30 Jalan Putra Indah 9/2, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

--- --- ---
1. Cek hendaklah di buat atas nama PEMBINAAN SURAU BAITURRAHMAN.

2.Sumbangan tunai boleh dimasukkan kedalam Akaun BIMB
No akaun : 1206-50100-29362

3. Sila kembalikan borang sumbangan ke pihak AJK surau atau kepada penama berikut :


(i) Sdra. Zulkifli Selamat - 012.308 2661,
(ii) Sdra. Dato’ Zamry - 017.283 5023,
(iii) Sdra. Zahari Muda - 012 379 6964,
(iv) Sdra. Juhari Juni - 016 216 6577,
(v) Sdra. Saiful Anas - 017 3008118.


4. Sumbangan pihak tuan akan mendapat mengecualian Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (no. rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.5988).

5. Sila hubungi penama diatas sekiranya memerlukan maklumat

--- --- ---
Sila muat turun borang dalam format pdf dari sini.

Sekian, wassalam.

::truemax bagi pihak moderator
30 RabiulAwal 1431H

Sunday, March 7, 2010

Pengurusan Jenazah - Carta Alir

Assalamu'alaikum,

Ini ialah carta aliran untuk proses pengurusan jenazah oleh Surau BaiturRahman, Putra Heights. Apa-apa pertanyaan, sila hubungi Ahli Badan Khairat surau seperti yang disenaraikan di dalam carta.



Download file dalam pdf format di sini.


Wassalam.

::truemax
21 RabiulAwal 1431H

Buletin Surau BaiturRahman Mac-2010

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Mac-2010. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

4 muka surat kesemuanya:









.. atau muat turun dalam format pdf dari sini.

Wassalam.

::truemax bagi pihak moderator
21 RabiulAwal 1431H

Jadual Pengajian bagi bulan Mac 2010

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan Mac 2010 di Surau BaiturRahman Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator
21 RabiulAwal 1431H