SBR Image

SBR Image

Tuesday, November 3, 2009

Buletin Surau BaiturRahman - 11/2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ialah Buletin Surau BaiturRahman Nov-2009. Sila klik pada gambar di bawah untuk zoom dan besarkan.

Muka surat pertama:


Muka surat kedua:


.. atau muat turun dalam format pdf dari sini.

Wassalam.

::truemax bagi pihak Moderator
15 Zulkaedah 1430H

Jadual Pengajian November 2009

Assalamu'alaikum,

Berikut ini ialah Jadual Pengajian bagi bulan November 2009 di Surau BaiturRahman Putra Heights.


Klik gambar untuk besarkan atau download pdf format di sini.

Sama-sama lah kita mengikuti pengajian-pengajian ini.

Wassalam,

::truemax bagi pihak Moderator
15 Zulkaedah 1430H

Sunday, November 1, 2009

Wakil Korban

Mewakilkan pihak lain melaksanakan korban

1: Adakah seseorang patut menyembelih sendiri haiwan korbannya?

J: Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim. Wallahuaklam

2: Bolehkah seseorang mewakilkan pihak tertentu melaksanakan korban bagi pihaknya di tempat lain?

J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak tertentu, sama ada pihak masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah al-Mukarramah pada musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan korban kepada pihak lain adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan amalan dan budaya tersebut diamalkan oleh umat Islam seluruhnya.
Dalam kitab I’anah ath-Thalibin: 2 / 381, Asy-Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi pernah ditanya:
“Sudah menjadi kebiasaan orang-orang negeri Jawi (Kepulauan Melayu) berwakil kepada seseorang untuk membeli na’am (seperti lembu dan kambing) di Makkah untuk dijadikan aqiqah dan korban, dan penyembelihannya dilakukan di Makkah, sedangkan orang yang hendak beraqiqah atau berkorban itu berada di negeri Jawi, maka adakah sah perbuatan sedemikian atau tidak? Mohon fatwakan kepada kami.”
Jawapan Asy Syeikh : “Ya! Sah yang demikian itu dan harus berwakil membeli binatang korban dan aqiqah yang begitu juga untuk menyembelihnya sekalipun di negeri yang bukan negeri orang yang berkorban dan beraqiqah itu.”

3: Bolehkah seseorang mewakilkan orang lain menyembelih haiwan korban bagi pihaknya?

J: Hukum asal penyembelihan binatang korban itu adalah sunat dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban. Walau bagaimanapun orang yang tidak mampu melaksanakannya adalah lebih afdhal mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih binatang korbannya bagi pihak dirinya.
Dalam kitab Sabil al-Muhtadin : 214, “Kata Syeikh Muhammad bin Sulaiman: “Harus berwakil pada membeli na’am korban di negeri yang lain dan pada menyembelinya dan pada membahagikan dagingnya bagi segala miskin negeri itu. Maka iaitu zahir sama ada negeri Makkah atau lainnya… Akan datang kenyataannya dan sayugianya hendaklah yang berwakil menyerahkan niat korban kepada wakil pada masalah ini. Wallahuaklam”


Rujukan : http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/soal-jawab-ibadah-korban/#s38